Wednesday, September 15, 2010

Memasang oil catch tank

Oil catch tank fungsinya adalah untuk menakung miyak hitam yg terbakar ,gas petrol yang tidak terbakar akan masuk semula ke dalam intake dan digunakan semula oleh engine untuk pembakaran semula.kebaikanya minyak hitam tidak masuk ke dalam air intake dan mengotorkan ruang intake ,penggunaa petrol lebih efficient dan mengurangkan pencemaran udara.

Selepas menggunakan OCT ni kesan yang saya Nampak adalah minyak hitam tidak keluar dari penutup minyak lagi,kerana sebelum ni saya tidak perasan yang crankcase ventilation valve saya sudah tersumbat dengan minyak hitam dan carbon, jadi tekanan vakum bersama minyak hitam di ruang crankcase mencari jalan keluar melalui penutup minyak engine.sekarang engine saya sudah bersih dari rembasan minyak hitam .

Pengalaman seorang kawan menceritakan kepada saya ,semasa banjir kilat di batu tiga shah alam,engine kereta nya telah dimasuki air tapi dia tak cerita pulak air masuk ikut mana?ekzos atau intake tak sempat nak Tanya.Tapi kereta masih boleh bergerak Cuma semput-semput Selepas beberapa hari dia amat terkejut,dia dapati Oil catch Tanknya penuh dengan air. ini bermakna  OCT juga dapat mengeluarkan air yang masuk kedalam engine.sampai sekarang sehabat saya ni masih mengunakan oil catch tank walaupun dia telah menukar ke kereta yang baru…katanya oil catch tank adalah kemestian untuknya…

Tahap diy =mudah

Peralatan

Gerudi ,skrew driver,pisau

                                                                D1 oil catch tank

1.cari lokasi yang sesuai untuk memasang OCT,seeloknya berhampiran dengan crankcase ventilation valve.Untuk injeksen mudah saja untuk carburetor saya kene modify air intake pipe.saya sambung ram pipe injeksion ke pipe carburetor saya supaya pipe dari OCT boleh disambung ke air intake pipe.
2.Dengan menggunakan gerudi tebuk dua lubang kecil untuk melekatkan oil catch tank breket ke chasis kereta anda.skrewkan breket tadi ke body kereta.
3.Skrewkan OCT ke breketnya,ketatkan skrew secukupnya


4.Buat penyambungan pipe dari crankcase ventilation vale ke OCT,ketatkan pipe dengan menggunakan klip.ketatkan secukupnya.

5Buat penyambungan pipe dariOCT ke air intake pipe vale ketatkan pipe dengan clip secukupnya


…selesai

6.Pastikan anda dari masa ke semasa memeriksa isipadu OCT anda,sekiranya sudah penuh buangkan minyak tersebut Dari OCT anda.
                       *OCT=oil catch tank




Diypomen facebook



performance part catalogue

performance part catalogue
car performance part

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails